Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Memperkenalkan Sham Yang Menarik Tentang Dirinya..hehehe...

Assalamualaikum semua... (Konsep Kendiri)

                    Nama saya Hishamudin Bin Abdul Latif asal dari Kuala Lumpur. Saya dilahirkan pada 18 Desember 1989 dan dilahirkan di Ampang, Kuala Lumpur. Nama samaran saya Hisham atau Sham. Saya mempunyai lima adik beradik dan saya merupakan anak pertama di dalam keluarga. Semasa saya kecil saya dan adik-adik dibesarkan oleh mak saudara saya di Seri Petaling Kuala Lumpur . Semua adik beradik saya semasa kecil sekolah di sekolah kebangsaan cina. Nama ayah saya ialah Abdul Latif Bin Jusoh dan beliau berumur 55 tahun manakala ibu saya bernama Nadiah Zee Binti Abdullah dan berumur 48 tahun.

                    Saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (C) Confusion di Sungai Besi, Kuala Lumpur dan menyambung pendidikan di peringkat menengah di Sekolah Menngah Seksyen 11 di Shah Alam. Saya kemudian berpindah ke Kuantan dan bersekolah di Sekolah Menengah Indera Mahkota 2 sehingga tamat persekolahan. Di masa sekarang saya menyambung taraf pendidikan saya ke peringkat Diploma di Kolej Shahputra Kuantan dalam Jurusan Pengurusan Perniagaan.

                    Kegemaran saya pada waktu lapang ialah main golf. Sewaktu saya berusia 5 tahun ayah saya telah mengajar saya main golf sehingga sekarang iaitu 18 tahun. Ayah saya merupakan orang yang memperkenalkan sukan ini kepada saya. Semasa saya berusia 13 tahun saya mula mewakili Pahang untuk pertandingan  dalam MSSM dan memenangi tempat ke-3. Selain itu, semasa di peringkat sekolah saya telah mewakili sekolah saya dalam sukan Bowling.. Saya begitu meminati kedua-dua sukan ini "SEBAB DIA BEST......" Selain dari terlibat dengan sukan, saya juga suka melayari Internet, Chatting, main PS dan membaca sambil mendengar radio.

                    Perwatakan diri saya, saya ni seorang yang periang..Kanak-kanak riang ar tu... Seorang yang peramah pantang ada orang senyum mesti saya tegur...(Komunikasi keperluan sosial) Tapi saya ni orang yang panas baran pantang ada benda yang tak kena sikit pasti saya angin satu badan...Tak caya try ar...(Kesan Horn)Tapi panas baran di luar jer hati saya baik...Saya ni jahat sikit selalu sakitkan hati orang dan buat orang marah...Kat rumah pula saya ni malas sikit bab-bab buat kerja rumah ni biasalah lelaki...Saya juga kuat merajuk dan susah untuk di pujuk...Saya ni nak kate handsome tak juga tapi manis tu adalah sikit..kiranya adalah daya penarik...(komunikasi keperluan identiti) Walaupun ada beberapa sifat buruk, biasalah setiap manusia ada kelemahan diri tapi saya ni orang yang bertanggungjawab menjaga keluarga anak sulung la katekan...Saya juga seorang yang prihatin, penyayang, yakin dengan kemampuan diri untuk menyelesaikan masalah (Konsep kendiri positif) dan pemalu sikit-sikit..Penampilan saya pula, saya ni jenis orang yang simple je tapi mesti kemas (Pemenuhan jangkaan kendiri) He..He...

 

Home My Self Foto Galeri